|
Thursday, January 12, 2006
ciri-ciri isteri idaman lelaki mukmin
T Taat pada suami A Allah ditamakan Q Quran di junjung W Wanita solehah A Amanah tunai tanggungjawab T Tunjuk kasih sayang A Anak pandai dididik A Akhlak mulia T Tutup keaiban suami S Solat dijaga O Org tua dihormati P Puasa dikerjakan A Aurat di pelihara N Nabi dicontohi
by shidah at 04:58 pm
  Permalink
To My Friend... Just want to share with u all...
1. to my friends who are.. SINGLE love is like a butterfly. the more you chase it, the more it eludes you. but if you just let it fly, it will come to you when you least expect it. love can make you happy but often it hurts, but love's only special when you give it to someone who is really worth it. so take your time and choose the best
2. to my friends who are.. NOT SO SINGLE love isnt about becoming somebody else's "perfect person." it's about finding someone who helps you become the best person you can be
3. to my friends who are.. PLAYBOY/GIRL TYPE never say "i love you" if you dont care. never talk about feelings if they arent there. never touch a life if you mean to break a heart. never look in the eye when all you do is lie. the cruelest thing a guy can do to a girl is to let her fall in love when he doesnt intend to catch her fall and it works both ways..
4. to my friends who are.. MARRIED love is not about "it's your fault", but "im sorry." not "where are you", but "im right here." not "how could you", but "i understand." not "i wish you were", but "im thankful you are."
5. to my friends who are.. ENGAGEDthe true measure of compatibililty is not the years spent together but how good you are for each other.
6. to my friends who are.. HEARTBROKEN heartbreaks last as long as you want and cut as deep as you allow them to go. the challenge is not how to survive heartbreaks but to learn from them.
7. to my friends who are.. NAIVE how to be in love: fall but dont stumble, be consistent but not too persistent, share and never be unfair, understand and try not to demand, and get hurt but never keep the pain.
8. to my friends who are.. POSSESSIVE it breaks your heart to see the one you love happy with someone else but its more painful to know that the one you love is unhappy with you.
9. to my friends who are.. AFRAID TO CONFESS love hurts when you break up with someone. it hurts even more when someone breaks up with you. but love hurts the most when the person you love has no idea how you feel.
10. to my friends who are.. STILL HOLDING ON a sad thing about life is when you meet someone and fall in love, only to find out in the end that it was nevers meant to be and that you have wasted years on someone who wasnt worth it. if she isnt worth it now she's not going to be worth it a year or 10 years from now. let go..
True love is not loving a perfect person but loving an imperfect person perfectly.
by shidah at 04:44 pm
  Permalink
8G pada lelaki yg dibenci wanita
1. Garang ( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah tak bertempat, silap sikit tak boleh... macam ler dia betul semua, dsb). Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.
2. Ganas (kaki pukul,dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.
3. Gementar (takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain,dsb) Contohnya,depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafazkan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.
4. Gabrah (tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.
5. Gentleman tiada (langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman,inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.
6. Gerumal (bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita.Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.
7. Ganggo (keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat, macho sangat, dll). Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal.Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.
8. Gatal (miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri). Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura-pura melayan anda kerana ada udang sebalik batu.Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja.
Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda. amacam??ader ciri2 ni??kalo ader ubah la sifat tu.oklah, sampei sini jer
by shidah at 04:40 pm
  Permalink
saat bagi manusia berakal

Empat saat yang selalu diawasi oleh manusia yang berakal.Biar pun dia sibuk dengan urusan-urusan yang lain tetapi tidak sekali-kali manusia lalai dengan empat perkara ini: 1. Saat untuk menyembahkan hajat kepada Tuhannya. 2. Saat untuk menilik dan menilai diri sendiri. 3. Saat untuk membuka rahsia dirinya kepada sahabatnya yang setia,menyatakan aib-aib dan kelemahan supaya dapat ditegur dan diperbetulkan oleh sahabat setia itu dengan terus terang. 4. Saat untuk bersunyi-sunyi dan bersendirian. Duduk bersoal jawab dengan dirinya menanyakan mana yang baik dan mana yg indah,mana yang sesuai dan mana yang tidak...
Antara semuanya,saat yang keempatlah saat yang paling penting kerana jiwa kita perlukan istirehat dan hati juga perlukan ketenangan. Allah telah berfirman : Hanya dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang.
by shidah at 04:27 pm
  Permalink
Sunday, January 08, 2006
tanda-tanda kematian org islam
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda S.A.W.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
Wallahua'lam. Moga-moga setiap kita dan keluarga diampuni Allah dan diberkati hidup dan mati hingga dapat mempersiap sediakan bekalan untuk hari kemudian kita. Bacalah kandungan ini agar dapat menjadi ingatan kita semua. Insyallah mulalah bertaubat, yang masih malas sembahyang ubah sikap, umur kita semakin hari semakin meningkat. Biar sesal dahulu jangan sesal kemudian. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan berharap saudara saya semua begitu juga. Cubalah kita ingat mengingat sesama kita selagi mampu.
by shidah at 04:48 pm
  Permalink
|
Profile
Tag Board
Calendar
Links
 
[ Famili Rast ] [ Villa Emas Awanan ] [ Sahabat Hijjaz ] [ Sahabat Firdaus ] [ Kenalan Fareast ]
[ Nasyid On Stage ]
[Nasyeed.Com]
[ Hijjaz ] [ In-team ] [ Unic ] [ Dehearty ] [ Fareast ] [ Haikal ] [ Rabbani ]
[ friendzdotcom ] [ Raudhah.Com ] [ JalinanDotCom ] [ Portal Ukhwah ] [ Komuniti Muslimah ]
[nurmestika] [ Najwa ]
PEPATAH PUJANGGA Hijjaz
Burung-burung berterbangan Angin pagi bertiupan Sang suria mula memancar Menyinari alam semesta
Insan di dunia mula tersedar Sehari lagi umur bertambah Yang dah pergi akan di ganti Yang masih hidup terus berbakti...
Jangan takut pada mati Jika beriman bertaqwa Kubur bukan perhentian rohani Tapi perhentian jasmani
Wahai orang-orang beriman Inilah pepatah pujangga Kata yang telah diberikan Dari insan bijaksana
Mari insan mari semua kau dan aku Menadah tangan Memohon doa pada Ilahi Agar selamat hidup dan mati
seindah hiasan adalah wanita solehah Wanita solehah itu aurat dijaga, Pergaulan dipagari, Sifat malu pengikat diri, Seindah hiasa di dunia ini, Keayuan wanita solehah itu…
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya, Kemanisan wanita solehah… Tidak terletak pada kemanjaannya, Daya penarik wanita solehah itu… Bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimin… Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermian lidah… Memujuk rayu… Bukan dan tidak sama sekali, Kepetahan wanita solehah… Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain… Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama, Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam… Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandangan dari segala aspek… Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai, Wahai wanita… jangan dibangga dengan kecantikan luaran, Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman, Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman, Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi, Wahai wanita… jangan dibanggak dengan ilmu duniawiyang kau kuasai, Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu, Wahai wanita… jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, Kerana ada lagi insane yang lebih malang darimu, Wahai wanita solehah… jangan dirisau akan jodohmu, Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya parasnya, Bersyukurlah atas apa yg ada… Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama, Salam perjuangan untuk sahabatku… -WANITA SOLEHAH- “Wanita hiasan dunia… Seindah hiasan adalah wanita solehah”
Credits
|